The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Toni Domgjoni #IsRed

Nov 06, 2025 - FAS

Selangor FC secara rasmi mengumumkan Toni Domgjoni sebagai pemain import baharu Red Giants bagi kempen ACLTWO 2025/26.

Dilahirkan pada 4 September 1998 di Koprivnica, Croatia, dan dibesarkan di Switzerland, Toni memulakan kerjayanya dalam sistem belia NKSlaven Belupo dan NK Koprivnica sebelum menyertai FC Zürich. Beliau dinaikkan pangkat  ke pasukan utama Zürich, dengan membuat 105 penampilan liga dan menjaringkan 6 gol dari musim 2018-2021, bersama 9 perlawanan Piala Switzerland dan 7 penampilan UEFA Europa League. Pada tahun 2021, beliau melebarkan ke pasukan SBV Vitesse di Belanda, bermain lebih 40 perlawanan liga dan 5 perlawanan UEFA Europa Conference League.

Di peringkat antarabangsa, Toni pernah mewakili Switzerland di peringkat belia sebelum memutuskan untuk beraksi bersama  Kosovo. Beliau telah membuat 4 penampilan senior untuk pasukan kebangsaan Kosovo.

Selepas berbual dengan kenalannya yang juga bekas pemain Gergasi Merah, Nikola Jambor, dan ketua jurulatih Christophe Gamel, Toni berkongsi keterujaannya untuk menyertai kelab, “Sebelum ke sini, saya sempat bertanya Nikola Jambor dan Ketua Jurulatih, Christophe Gamel berkenaan dengan kelab. Gamel juga kongsikan rancangannya, dan saya percaya bahawa pengalaman saya di Eropah akan sedikit sebanyak bantu pasukan capai  kemenangan dalam perlawanan yang akan datang. Saya meletakkan  hantaran terakhir di bahagian attacking third sebagai  tanggungjawab untuk diri sendiri, dan tidak kira siapa yang menjaringkan gol, kita menang bersama sebagai satu pasukan,” kata Toni.

Ketua jurulatih Red Giants, Christophe Gamel juga berkongsi tentang pengambilan pemain baharu ini, “Kehadiran beliau adalah bagi menambah pengalaman yang lebih tinggi dalam pasukan terutamanya di posisi tengah, salah satu bahagian yang kita sedang hadapi kekurangan kerana  beberapa pemain sedang mengalami kecederaan. Pengalaman beliau diperlukan untuk mengisi kekosongan dan meningkatkan kekuatan pasukan.”

Keputusan kelab untuk menandatangani Toni adalah di bawah tempoh pendaftaran pemain tambahan yang dibenarkan oleh peraturan AFC untuk pemain tanpa ejen sahaja. Kelab telah mendaftar beliau sebelum tarikh tutup pendaftaran iaitu pada 31 Oktober 2025. Ini membantu skuad kekal kompetitif dan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan yang akan datang.

Selangor FC mengalu-alukan Toni ke dalam keluarga Red Giants bagi menambah tenaga di bahagian tengah dan memberi impak yang tinggi bersama rakan sepasukan yang lain. #ToniIsRed

Demi Kebanggaan!

Terus ikuti saluran media sosial rasmi Selangor FC untuk maklumat terkini pasukan.